Sunday, 26 February 2012

Kandungan Utama Air Herba Hikmah

Bunga Kemunting Cina digunakan sebagai bahan utama Air Herba Hikamah
 1) Kemunting Cina

Pengenalan
Pokok kemunting merupakan tanaman hiasan yang juga dikenali dengan nama tapak dara, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai. periwinkle, rumput jalang, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, old-maid, rose periwinkle dan rosy periwinkle. Ia berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir. Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya. Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. Pokoknya membiak melalui keratan batang dan biji benih.

Kegunaan
Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser. Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser. Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.

Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser.

Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi.
20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut.
 
 2) Melada Pahit
Melada Pahit turut dijadikan bahan utama dalam pembuatan Air Herba Hikmah kerana dipercayai dlm merawat pelbagai jenis enyakit seperti darah tinggi, gout, sakit sendi dan sebagainya.

Nama Malaysia: Melada Pahit, Embalau padang, kusum, mempahit, lada pahit 
Negara asal : Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Indo China, Southern China, Taiwan, Molluccas, New Guinea and Northwestern Australia

Alkaloid
Alkaloid ialah sebatian kimia organan yang mengandungi nitrogen, yang tiada bau , dan biasanya tiada rasa. Terdapat beratus-ratus jenis alkaloid dalam tumbuhan dan jenis yang baru ditemui. Kebanyakan jenis alkaloid merupakan racun yang sangat kuat kepada manusia dan haiwan. Selain daripada kesan racun, ada alkaloid yang memberi kesan narkotik. Candu mengandungi banyak jenis alkaloid yang sangat berkesan untuk mengatasi rasa sakit.(Meladapahit kesan kajian tidak mengandungi alkaloid)

Saponin
Saponin ialah sebatian organan dalam tumbuhan yang mempunyai sifat kimia yang sama dengan glikosid dan menghasilkan buih apabila dikacau dalam air. Ada banyak jenis saponin yang sangat toksik dan cepat memecahkan sel-sel darah merah. Ada pula saponin yang kurang diserap oleh sistem penghadaman manusia. Oleh yang demikian ia tidak menimbulkan masalah kepada kesihatan walau pun dimakan atau diminum. Ada saponin mempengaruhi perut. Ia merangsang paru-paru untuk menghasilkan hingus. Sifat ini digunakan dalam ubat herba untuk merawat batuk kering, tenaga dalaman lelaki wanita, ubat anti radang dan mengeluarkan kahak lendir dalam paru-paru untuk penyakit asma.
(Meladapahit kesan kajian mengandungi saponins (1+ )

Flavonoids
Flavonoids ialah bahan seakan-akan vitamin. Flavonoids juga dikenali sebagai polifenol. Flavonoids terdapat dalam banyak jenis tumbuhan ubatan. Terdapat lebih 4000 jenis flavonoids. Kepelbagaian flavonoids dikumpulkan dalam pelbagai jenis seperti antosianin, flavon, flavonol, isoflavon,katecin dan tanin. Satu jenis tumbuhan boleh mengandungi pelbagai jenis flavonoids. Flavonoids diperlukan untuk pelbagai jenis fungsi dalam tubuh. Tumbuhan yang mengandungi flavonoids biasanya digunakan sebagai ubat herba untuk mengatasi masalah pengedaran darah. Flavonoids juga memberi kesan antioksidan, antiradang, antibekteria, dan antivirus. Satu jenis flavonoids, contohnya kuersitin, boleh memberi kesan baik atau kesan buruk kepada sel. Sama seperti banyak bahan lain, dos yang berlainan akan memberi kesan yang bertentangan, racun yang sangat bahaya, dan cepat membunuh. Ia juga mungkin boleh digunakan sebagai ubat untukmenyelamatkan nyawa kalau digunakan pada dos yang sesuai. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih makanan yang mengandungi kuersitin sepanjang hayat akan kurang menghadapi masalah jantung atau strok apabila lanjut usia.
(Meladapahit kesan kajian mengandungi Flavonoids (2+ )
 
Tanin and Polyphenolic Compounds
Tanin ialah sebatian kimia organan yang dihasilkan dalamosess tumbuhan. Ia sekumpulan sebatian ringkas atau kompleks fenol, polifenol dan flavonol yang terikat dengan kanji. Komponen asas kimia tanin ialah gula, asid galik, asid elagik, flavonoid, lignan, stilbenoid dan quixon. Tanin mempunyai sifat astrigen dan perangsang. Semua tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Tanin bertindak balas dengan protein dan mengeraskan protein. Tanin yang paling dikenali oleh manusia ialah jenis yang terkandung di dalam teh pekat. Teh pekat memberi rasa astringen pada mulut, iaitu rasa seperti bahan yang kelat. Dalam ubat herba, tanin digunakan untuk merawat kulit terbakar, lecur, ulser dan luka. Sebagai ubat luaran, tanin boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka. Tanin juga boleh melegakan mata yang l etih, merawat batuk, cirit, jangkitan dan pendarahan. Sebagai ubat dalaman, tanin boleh mengatasi bengkak atau radang didalam perut dan usus. Pelbagai jenis tumbuhan yang mengandungi tanin digunakan sebagai ubat herba untuk ibu lepas bersalin supaya dapat mengecutkan perut, rahim dan faraj, melalui hasil tindakan tanin jenis tertentu. Ia juga digunakan untuk merawat diabetes, mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa, mempunyai kesan antiherpes dan antibiotik. Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang kerap makan makanan yang kaya dengan tanin seperti sekoi tidak menjadi gemuk kerana tanin menghalang penyerapan secara keterlaluan ke atas bahan-bahan yang boleh membuat seseorang menjadi gemuk, seperti gula dan protein. Sifat menghalang penyerapan gula juga menjadi asas penggunaan tumbuhan yang mengandungi tanin untuk menentang diabetes. Ada juga tanin yang bersifat antioksidan contohnya asid elagik.
(Meladapahit kesan kajian mengandungi Tanin and Polyphenolic Compounds (1+)

Steroids
Steroids ialah sebatian kimia yang mempunyai empat gelang karbon yang dipanggil tulang belakang steroid. Tambahan pelbagai jenis kimia lain pada pelbagai bahagian tulang belakang steroid menghasilkan sebatian steroid yang berlainan. Menambah molekul gula kepada steroid menghasilkan glikosid steroid. Steroid juga boleh bergabung dengan saponin. Steroid terdapat pada pelbagai tumbuhan yang bertujuan utama sebagai pertahanan kepada steroid biasanya memberi kesan negatif kepada haiwan yang bertulang belakang, iaitu untuk menjauhi haiwan memakan tumbuhan. Steroid berkesan sebagai ubat perancang keluarga (menjarangkan anak dan menambah kesuburan wanita), meningkatkan kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung, artritis, sakit jantung dan lain-lain.
( Meladapahit kesan kajian tidak mengandungi Steroids (- )

Meladapahit atau mempahit atau nama saintifiknya Brucwea javanica ( amarissina ) dari jenis pokok renek kecil ketinggian tidak melebihi 7 meter. Kandungan semua bahagiannya pahit ( paling pahit ialah biji diikuti akarnya ). Bijinya mempunyai 50% minyak tetap. isi bijinya mrngandungi yatanin dan yatanosid. Kandungan lain ialah brucamarin, brusealin, brusatol, bruseantin, bruseajavanin, glukosa dan kosamin. Bahan didalam bijinya amoeba yang menyebabkan penyakit disenteri. Yatanin membunuh protozoa tetapi tidak bertoksik kepada manusia. Antioksidannya yang tinggi amat berkesan untuk mengawal dan menghapuskan redikal dalaman badan.Dos yang terkawal juga menentukan sama ada yatanosid bertoksik atau tidak. Gliukosid kosmin membunuh nematod, mempunyai kesan antibiotik dan menghalang darah membeku atau likat. Bruseantin berkesan sebagai antiamoeba, antikenser dan antimalaria juga amat berkesan penawar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, demam terutama demam denggi, sakit-sakit sendi dan disenteri.Menurut kajian Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi, anti kenser juga mencairkan kepekatan darah dari kepahitannya.

Khasiat perubatan (Medicinal value)
  • Darah tinggi, (High blood pressure)
  • Kencing manis, (Diabetes)
  • Prostate (prostate problem)
  • Ghout (Arthritis)
  • Bisul (carbuncle)
  • Ghout (Gout)
  • Malaria
  • Sakit kepala (migraine)
  • Sakit sendi, (Joints)
  • Kebas,(Numbness)
  • Lenguh (Muscle pain)
  • Lelah, (asthmatic)
  • Resdung (sinus)
  • Cirit-birit. (Amoebic dysentery)
  • Anti- kanser (Anti-cancer)
  • Batu karang. (Gallstones)
  • Melancarkan haid (Menstruation pain- emanagong)
  • Jerawat (Acne)
  • Daun dan kapur digunakan untuk sakit kulit pada binatang (Leaves and unslaked lime as a cure for mange in animal- K.Heyne,Nutt.Plant.Ned. Ind.of 1927 page 871) 
 
 ALTERNATIF MUJARAB UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT ATAU SEBAGAI MAKANAN KESIHATAN SEJAK BERATUS TAHUN DAHULU SEPERTI
  •  kencing manis
  • darah tinggi
  • mengurangkan kolestrol
  • gout
  • kuruskan badan
  • sakit jantung
  • lemah jantung
  • sakit sendi
  • migrain
  • melancarkan perjalanan darah
  • melambatkan pembekuan darah
  • meningkatkan kecergasan badan
  • meningkat tenaga batin  
  • mencegah kanser (purata 3-7 virus kanser tidak aktif didalam badan  setiap manusia

KANDUNGAN KHASIAT DALAM BUAH TUNJUK LANGIT

VITAMIN A,DIETARY FIBER,POTASSIUM,VITAMIN E,CALSIUM,VITAMIN B6,
MAGNESIUM,SODIUM,VITAMIN B,PROTEIN,VITAMIN B1,IRON,VITAMIN D,FOLIC ACID ,CARBOHYDRATE.
 
KEISTIMEWAAN BUAH TUNJUK LANGIT
Buah TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.

1.FLAVONOIDS
Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:-
Fungsi-Fungsi Utama
- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

2.SAPONINS
Saponins di dalam buah TUNJUK LANGIT dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi
melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti
dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh
didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:-
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
- Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
- Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
- Melancarkan sistem saluran pernafasan
- Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
- Memperbaiki sistem peredaran darah
- Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan
- Mententeramkan fikiran dan otak
- Menghilangkan kelesuan minda
- Melambatkan proses penuaan
- Memperbaiki insomnia
- Menguatkan hati

3.BITTER ALKALOIDS
 
Di dalam buah TUNJUK LANGIT adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah TUNJUK LANGIT
adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi
di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria
yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah
putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan
organisma-organisma yang tidak baik.

*Telah diuji di Makmal (Chemlab Lab No: PJ-S/FD/1751/10)
tiada bahan kimia dan selamat dimakan.

Chemical Analysis Results:

PARAMETERS 
RESULTS 
Led (as Pb), mg/kg 
Not Detected (<0.004) 
Cadmium (as Cd), mg/kg 
Not Detected (<0.003) 
Arsenic (as As), mg/kg 
0.039 
Mercury (as Hg), mg/kg 
Not Detected (<0.0001) 


 3) Kaca Beling
Kaca Beling atau lebih dikenali sebagai Pecah beling berpotensi untuk merawat penyakit seperti kanser, kencing manis serta batu karang.

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

4) Stevia  
Stevia kini terkenal sebagai penganti gula (sweet herbs) penganti glukos dalam badan.

Pengenalan
Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Sumber : Mahkota Herba